Hampir 95 peratus tulang rahang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mengidap kanser 'Infantile Fibrosarcoma', kini reput.
Mohd Syahrizan Ibrahim, 39, bapa kepada Mohammad Syafi Mohd Syahrizan berkata, walaupun berkeadaan sedemikian, anaknya masih mampu menyedut susu yang disalur melalui lubang hidung.
"Saya akan tetap berusaha kerana yakin dia boleh diubati," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, sebelum menghantar Syafi ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, untuk rawatan susulan.
Kanser dihidapi Syafi menjadi viral di media sosial, mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman yang menyerahkan RM100,000 menerusi Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) kawasan Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff sebagai sumbangan kerajaan negeri baru-baru ini.
"Saya berterima kasih kepada semua. Bantuan yang diterima daripada orang ramai sudah lebih daripada mencukupi dan tidak tahu bagaimana hendak membalasnya.
“Saya juga masih belum menggunakan wang pemberian kerajaan negeri untuk Syafi kerana sudah membeli dan menerima ubatan serta dan pemakanan secukupnya daripada pelbagai pihak," katanya.
Menurutnya, apabila habis barulah dia akan menggunakan peruntukan yang diamanahkan untuk Syafi.-sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan