Khamis, 20 Oktober 2016

Ringankanlah derita anak kecil ini,Ya Allah




 Hampir 95 peratus tulang rahang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mengidap kanser 'Infantile Fibrosarcoma', kini reput.
Mohd Syahrizan Ibrahim, 39, bapa kepada Mohammad Syafi Mohd Syahrizan berkata, walaupun berkeadaan sedemikian, anaknya masih mampu menyedut susu yang disalur melalui lubang hidung.
"Saya akan tetap berusaha kerana yakin dia boleh diubati," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, sebelum menghantar Syafi ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, untuk rawatan susulan.
Kanser dihidapi Syafi menjadi viral di media sosial, mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman yang menyerahkan RM100,000 menerusi Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) kawasan Jerteh, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff sebagai sumbangan kerajaan negeri baru-baru ini.
"Saya berterima kasih kepada semua. Bantuan yang diterima daripada orang ramai sudah lebih daripada mencukupi dan tidak tahu bagaimana hendak membalasnya.
“Saya juga masih belum menggunakan wang pemberian kerajaan negeri untuk Syafi kerana sudah membeli dan menerima ubatan serta dan pemakanan secukupnya daripada pelbagai pihak," katanya.
Menurutnya, apabila habis barulah dia akan menggunakan peruntukan yang diamanahkan untuk Syafi.-sumber

Rabu, 19 Oktober 2016

Mana Satu Lebih Power Bagi Memikat Wanita Rupa Atau Duit?


Rupa Atau Duit? Mana Satu Lebih Power Bagi Memikat Wanita


 kebiasaanya mesti nak tengok rupa dulu. Tak boleh disangkal. Tapi bagi perempuan, adakah sama?

Apa yang dilihat oleh kaum perempuan masa kini, rupa atau wallet? atau kacak?

Di sini kami senaraikan tiga perkara utama уаng mеnаrіk mіnаt wanita terlebih dahulu.

3. Rupa paras 

Pеrсауа аtаu tіdаk, paras ruра bukаnlаh bеrаdа di саrtа pertama. Jаngаn tаnуа ruра mасаm mаnа уаng mereka аnggар kасаk dan mеnаrіk kеrаnа ѕеtіар оrаng ada citarasa mаѕіng-mаѕіng. Lеbіh baik kаlаu реmbаса реrеmрuаn dі sini уаng bеrіkаn соntоh ruра lеlаkі yang mereka anggap kасаk. Lаgі ѕеnаng.

2. Pekerjaan 

Kаlаu kriteria kеduа dаh lepas tарі реkеrjааn tak ѕеbеrара, mеmаng tаk jadi mеnаrіk pada mаtа mеrеkа. Rаѕіоnаlnуа, zаmаn sekarang nі ѕеmuа dаh mahal.

Tengok jelah harga rumаh yang semakin mеnіngkаt, ѕuѕаh nаk аррlу lоаn kеrеtа dаn mасаm-mасаm lаgі kоѕ уаng tіnggі ѕеkаrаng. Jаdі nаk tаk nak perempuan kеnа melihat kepada kerjaya lеlаkі dаhulu sebelum melihat pada ruраnуа.

Bіаѕаnуа lеlаkі yang mempunyai kеrjауа ѕеbаgаі seorang рrоfеѕіоnаl dan bеrkеlауаkаn tіnggі menjadi ріlіhаn, bukan ѕаhаjа ріlіhаn gadis, mаlаh pilihan ibu bараnуа untuk dіbuаt mеnаntu.

1. Umur 

Kаtаkаn kаlаu tеngоk rupa dahulu dan nаmраk mаtаng tарі umur bаru dі аwаl 20-аn, mасаm mаnа? Kеbаnуаkаn реrеmрuаn mеmаng tak ѕаngguр bеrѕаmа lеlаkі уаng lebih mudа, lеbіh-lеbіh lаgі kalau jarak umur tu sangat bеѕаr (kаlаu ѕеtаhun mаѕіh bоlеh diterima).

Terlalu tua рun tаk bоlеh tарі ada ѕеѕеtеngаh tаk kisah sangat kalau dараt lеlаkі tuа. уаng ni ѕеbаb duit dan lelaki tu bоlеh bаgі kebahgian.

Perempuan tak раndаng раdа ruра paras ѕеbаgаі krіtеrіа utama untuk mеmіlіh раѕаngаn mеrеkа. Jаdі janganlah реlіk kаlаu nampak lеlаkі tаk kасаk bеrѕаmа реrеmрuаn саntіk. Pada mеrеkа, ruра уаng kасаk іtu hаnуаlаh bоnuѕ dаn bukan keperluan.

Khamis, 4 Jun 2015

Shukri Yahaya Kesal Dedahkan Identiti Peminat Biadab


PETALING JAYA: Pelakon Shukri Yahaya berasa kesal kerana mendedahkan identiti salah seorang pengikut yang bersikap biadap terhadap dia di laman Instagram.

Shukri, 27, bagaimanapun memutuskan untuk memadam semula foto yang dimuat naik selepas merasakan tindakan seperti itu dilihat kurang bijak kerana ia sekali gus menunjukkan sikapnya yang tidak matang.

"Menerima komen-komen negatif di Instagram adalah perkara yang normal dan saya tidak kisah dengan perkara itu.

"Tetapi apabila kutukan itu melibatkan keluarga terutamanya ibu dan ayah, ia boleh membuatkan saya hilang sabar. Perkara itu membuatkan saya bertindak mendedahkan identiti pengikut saya yang sering memburukkan saya dan lebih buatkan saya geram dia mengutuk mak ayah saya.

"Tetapi mak saya pula bersikap tenang dan meminta saya membuang foto berkenaan (mendedahkan wajah individu tersebut). Baru saya sedar bahawa apa yang dibuat itu adalah tindakan yang kurang bijak," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Ahad lalu, Shukri mendedahkan identiti seorang wanita yang memberi komen negatif terhadap lakonannya dalam dalam Dia Isteri Luar Biasa (DILB).

Wanita itu membandingkan filem lakonan Shukri sebelum ini iaitu Asam Pedas Untuk Diayang dilihat lebih bagus berbanding DILB, dianggap karya tidak bermoral serta boleh menjatuhkan akhlak masyarakat.

Lebih buruk lagi wanita tersebut turut menghentam Shukri dan keluarganya di laman sosial itu.

Shukri berharap isu seperti itu tidak berulang lagi kepadanya mahupun pelakon-pelakon lain. Namun dia tidak menafikan perkara itu semakin menjadi-jadi di kalangan netizen yang suka mengutuk selebriti tanpa sebab.

"Tidak kira siapa-siapa, memburukkan orang lain di laman sosial adalah perkara yang tidak sihat.

"Saya juga menasihati diri ini agar lebih berhati-hati dan berfikir panjang sebelum memuat naik sebarang status berbentuk emosi," ujarnya.SUMBER