Khamis, 4 Jun 2015

Shukri Yahaya Kesal Dedahkan Identiti Peminat Biadab


PETALING JAYA: Pelakon Shukri Yahaya berasa kesal kerana mendedahkan identiti salah seorang pengikut yang bersikap biadap terhadap dia di laman Instagram.

Shukri, 27, bagaimanapun memutuskan untuk memadam semula foto yang dimuat naik selepas merasakan tindakan seperti itu dilihat kurang bijak kerana ia sekali gus menunjukkan sikapnya yang tidak matang.

"Menerima komen-komen negatif di Instagram adalah perkara yang normal dan saya tidak kisah dengan perkara itu.

"Tetapi apabila kutukan itu melibatkan keluarga terutamanya ibu dan ayah, ia boleh membuatkan saya hilang sabar. Perkara itu membuatkan saya bertindak mendedahkan identiti pengikut saya yang sering memburukkan saya dan lebih buatkan saya geram dia mengutuk mak ayah saya.

"Tetapi mak saya pula bersikap tenang dan meminta saya membuang foto berkenaan (mendedahkan wajah individu tersebut). Baru saya sedar bahawa apa yang dibuat itu adalah tindakan yang kurang bijak," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Ahad lalu, Shukri mendedahkan identiti seorang wanita yang memberi komen negatif terhadap lakonannya dalam dalam Dia Isteri Luar Biasa (DILB).

Wanita itu membandingkan filem lakonan Shukri sebelum ini iaitu Asam Pedas Untuk Diayang dilihat lebih bagus berbanding DILB, dianggap karya tidak bermoral serta boleh menjatuhkan akhlak masyarakat.

Lebih buruk lagi wanita tersebut turut menghentam Shukri dan keluarganya di laman sosial itu.

Shukri berharap isu seperti itu tidak berulang lagi kepadanya mahupun pelakon-pelakon lain. Namun dia tidak menafikan perkara itu semakin menjadi-jadi di kalangan netizen yang suka mengutuk selebriti tanpa sebab.

"Tidak kira siapa-siapa, memburukkan orang lain di laman sosial adalah perkara yang tidak sihat.

"Saya juga menasihati diri ini agar lebih berhati-hati dan berfikir panjang sebelum memuat naik sebarang status berbentuk emosi," ujarnya.SUMBER

Selasa, 2 Jun 2015

Populariti Anak Buatkan Tomok Berwaspada


AMPANG: Populariti yang diraih anak sulung Tomok iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 3, membuatkan dia begitu berjaga-jaga apabila mereka berada di luar kawasan rumah.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, berkata, walaupun tidak menerima sebarang mesej berbaur ugutan, namun dia sekadar ingin memastikan keselamatan anaknya diperhatikan sebaik mungkin memandangkan kanak-kanak itu dikenali ramai.

"Memandangkan Arrian dikenali, saya dan isteri (Siti Rahayu Abas) sentiasa mengawasi setiap gerak-gerinya terutama apabila berada di pusat beli belah.

"Risau juga, sekarang ini macam-macam hal boleh berlaku. Cuma saya dan isteri sekadar ambil langkah berjaga-jaga," katanya kepada mStar Online.

Tomok ditemui pada majlis akikah anak keduanya, Andrashah Iman (Andra) yang kini berusia tiga bulan di kediaman keluarga isterinya di Keramat di sini pada Ahad.

Arrian mula menjadi perhatian ramai apabila Tomok dan isterinya sering memuat naik foto dan video-video mengenai akviti harian kanak-kanak itu di akaun Instagram mereka.

Tomok berkata dia tiada niat mahu mendedahkan anak-anaknya di laman sosial sebaliknya foto-foto dan video yang dimuat naik itu dilakukan sekadar ingin berkongsi perkembangan terbaharu anaknya bersama para peminat.

Sementara itu, sejak kehadiran anak keduanya, Andra, Tomok berkata, tugasnya dan isteri semakin mencabar lebih-lebih lagi apabila Arrian mula berasa cemburu dengan adiknya itu.

"Biasalah budak tengah membesar biasanya mahu perhatian. Melihat gelagat Arrian, dia cemburu apabila melihat kami bersama Andra, tetapi dia sayangkan adiknya itu.

"Cuma mempunyai dua orang anak kecil sememangnya mencabar, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua anak ini menangis serentak. Huru-hara dibuatnya. Alhamdulillah, ia satu pengalaman yang indah," ujarnya.SUMBER


Syatilla Melvin Serah Pada Shaheizy Sam Umum Hal Kahwin

PETALING JAYA: Pelakon Syatilla Melvin menyerahkan kepada kebijaksanaan aktor Shaheizy Sam untuk mengumumkan perkembangan berkaitan perkahwinan mereka.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata, dia mengambil pendekatan sentiasa menyokong dan bersetuju dengan setiap apa yang diperkatakan oleh kekasihnya itu.

"Biarlah semua kenyataan itu keluar daripada mulut Sam sendiri kerana tidak manis saya sebagai seorang wanita untuk menghebahkan mengenai perkara tersebut.
"Buat masa sekarang ini, saya cuma boleh katakan no comment mengenai perkara itu dan saya serahkan segalanya kepada Sam untuk menjelaskan kepada orang ramai.
"Apa yang keluar daripada mulut Sam itulah juga jawapan saya kerana saya tidak akan sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan sendiri mengenai perkara itu kepada umum," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Rabu.

                                                  Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sudah kenal sejak enam tahun lalu.SUMBER
Syatilla diminta mengulas kenyataan dibuat Sam dalam sebuah portal hiburan mengenai hasratnya untuk berumahtangga dalam mada terdekat sebaliknya enggan mendedahkan siapakah wanita itu buat masa ini.

Namun, laporan berkenaan turut menyebut individu itu adalah Syatilla Melvin dan Sam sendiri turut mengakui senang berkawan dengan wanita itu yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.

Dalam pada itu, Syatilla turut menyifatkan hubungan mereka buat masa ini amat baik.

"Mungkin nanti bila sudah tiba masanya saya akan buka mulut mengenai perkara itu.

"Sekarang ini biarlah ia menjadi rahsia kami berdua dan bila tiba masanya nanti benda tersebut akan terbongkar juga," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Syatilla kini sibuk menjalani pengambaran drama bertajukDia Isteri Luar Biasa yang bakal ditayangkan menerusi slot Akasia TV3.SUMBER


"Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu Disuap Makan"


PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 32, mendedahkan karenah suaminya,  pelawak Shuib (Sepahtu) yang pelik apabila setiap kali menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) termasuk perlu disuap makan.

Sarah, 32, berkata Shuib kehilangan selera makan selain sering beremosi kerana terlalu memberikan fokus terhadap program tersebut.

“Kalau Shuib sertai MLM, maknanya saya perlu memberi fokus lebih kerana ada karenah dia yang saya perlu jaga.

"Bayangkanlah, sebelum ini, apabila dia sertai MLM, makan pun kena suap kalau tidak dia tidak makan. Berat badannya turun mendadak kerana tiada selera makan.

"Saya rasa semua pelawak pun macam tu, dia akan dilanda kemurungan. Masa buatstandupper tahun lepas, nak tidur pun tak boleh kerana risau tak pernah buat persembahan solo," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Sarah kini sedang hamil anak ketiganya empat bulan hasil perkongsian hidup dengan Shuib.

Tambah Sarah, dia tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak yang ramai kerana suaminya dulu merupakan anak tunggal dalam keluarganya dan dia begitu seronok setiap kali menerima kehadiran cahaya mata.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alarni yang kini berusia empat tahun dan Dzahira Talita Zahra berusia dua tahun.SUMBER