Ahad, 31 Mei 2015

Nichkhun (2PM) & Tiffany (Girls Generation) Berpisah


PASANGAN popular Nichkhun (2PM) dan Tiffany (Girls Generation) dilaporkan telah berpisah dan berita berkenaan turut disahkan oleh agensi masing-masing.
Soompi melaporkan, JYP Entertainment yang mewakili Nichkhun memaklumkan mereka berdua sudah tidak mempunyai sebarang ikatan namun enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut.

"Memang benar mereka sudah berpisah namun kami tidak boleh menyatakan kenapa perkara itu terjadi kerana ia peribadi.

Nichkun kini sibuk untuk kemunculan semula 2PM," katanya.

SM Entertainment yang mewakili Tiffany turut mengesahkan perkara sama.

Terdahulu, Nichkun dan Tiffany mula menjalinkan hubungan cinta sejak Januari tahun lalu.SUMBER

Rozita Che Wan Berseluar Pendek Di London?


PELAKON Rozita Che Wan sekarang tengah bercuti bersama ahli keluarganya di kota London dan apa yang best, percutian aktres cantik ini turut ditemani puteri comelnya, Aaisyah Dhia Rana.
Apa yang tak best pulak.. bila Che Ta dikatakan memakai pakaian yang tidak menggambarkan keperibadiannya sebagai seorang artis berhijab apabila mengenakan seluar yang seolah-olah memberi ilusi dia hanya berseluar pendek!
Nah tengoklah sendiri foto yang dikongsikannya itu menerusi laman Instagram.
Nampak macam Che Ta macam pakai seluar pendek dengan berbut sahaja kan.. ianya disebabkan seluar ketat berwarna kulit yang digayakannya itu.
Kami rasa Che Ta perlu lebih hati-hati memilih pakaian yang bersesuaian dengan imej berhijabnya lepas ini agar perkara sebegini tidak berulang di masa hadapan..SUMBER

Suami Isteri Ditahan Kes Budak Ditanam Di Dapur Rumah


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata suspek lelaki, 33, disyaki bapa kepada mangsa itu ditahan di sebuah restoran di Keningau, Sabah pada pukul 6.30 petang, Sabtu.
Polis kemudiannya menahan seorang suspek wanita, 33, disyaki ibu kepada mangsa di Penampang, Sabah pada kira-kira pukul 1 pagi tadi, katanya.
“Kedua-dua mereka akan dibawa dari Sabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, dijangka esok, untuk siasatan dan mengambil keterangan berhubung kes ini.
“Polis percaya bahawa mayat kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun yang ditemukan di dapur itu ialah anak mereka, tetapi hanya dapat disahkan selepas ujian DNA dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Ali berkata bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu telah dilakukan di Hospital Sungai Buloh dan Jabatan Patologi juga masih belum mengenal pasti punca kematian mangsa.
“Mayat berkenaan yang telah mereput dipercayai ditanam selama lapan minggu dan tiada tanda yang jelas mengatakan mangsa didera atau dicederakan,” katanya.
Jumaat lepas, satu mayat yang disimen dan mereput berbalut kain ditemukan ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Mayat itu ditemukan susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur rumah itu. SUMBER

Rabu, 27 Mei 2015

'Saya mohon maaf' -Keith Foo


"Saya minta maaf dengan apa yang terjadi. Saya juga manusia biasa yang tidak lari kesilapan," demikian komen pelakon Keith Foo atau nama penuhnya Foo Chuan Chin, 32, berhubung dia didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, Mac lalu.
Menurut pelakon Ariana Rose itu, kejadian itu hanyalah salah faham dan tidaklah teruk seperti digembar-gemburkan pelbagai pihak.
Katanya, antara dia dengan anggota polis terbabit sudah tiada sengketa dan dia sendiri sudah memohon maaf pada waktu kejadian.
"Saya menyesal dan memang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Nasihat saya, jadikan ia teladan dan tolonglah patuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan Keith didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith dan memerintahkan pelakon itu dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bagi tujuan mengaibkan dan menghina iaitu: 'Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh' terhadap seorang anggota polis trafik.-Hmetro