Khamis, 4 Jun 2015

Shukri Yahaya Kesal Dedahkan Identiti Peminat Biadab


PETALING JAYA: Pelakon Shukri Yahaya berasa kesal kerana mendedahkan identiti salah seorang pengikut yang bersikap biadap terhadap dia di laman Instagram.

Shukri, 27, bagaimanapun memutuskan untuk memadam semula foto yang dimuat naik selepas merasakan tindakan seperti itu dilihat kurang bijak kerana ia sekali gus menunjukkan sikapnya yang tidak matang.

"Menerima komen-komen negatif di Instagram adalah perkara yang normal dan saya tidak kisah dengan perkara itu.

"Tetapi apabila kutukan itu melibatkan keluarga terutamanya ibu dan ayah, ia boleh membuatkan saya hilang sabar. Perkara itu membuatkan saya bertindak mendedahkan identiti pengikut saya yang sering memburukkan saya dan lebih buatkan saya geram dia mengutuk mak ayah saya.

"Tetapi mak saya pula bersikap tenang dan meminta saya membuang foto berkenaan (mendedahkan wajah individu tersebut). Baru saya sedar bahawa apa yang dibuat itu adalah tindakan yang kurang bijak," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Ahad lalu, Shukri mendedahkan identiti seorang wanita yang memberi komen negatif terhadap lakonannya dalam dalam Dia Isteri Luar Biasa (DILB).

Wanita itu membandingkan filem lakonan Shukri sebelum ini iaitu Asam Pedas Untuk Diayang dilihat lebih bagus berbanding DILB, dianggap karya tidak bermoral serta boleh menjatuhkan akhlak masyarakat.

Lebih buruk lagi wanita tersebut turut menghentam Shukri dan keluarganya di laman sosial itu.

Shukri berharap isu seperti itu tidak berulang lagi kepadanya mahupun pelakon-pelakon lain. Namun dia tidak menafikan perkara itu semakin menjadi-jadi di kalangan netizen yang suka mengutuk selebriti tanpa sebab.

"Tidak kira siapa-siapa, memburukkan orang lain di laman sosial adalah perkara yang tidak sihat.

"Saya juga menasihati diri ini agar lebih berhati-hati dan berfikir panjang sebelum memuat naik sebarang status berbentuk emosi," ujarnya.SUMBER

Selasa, 2 Jun 2015

Populariti Anak Buatkan Tomok Berwaspada


AMPANG: Populariti yang diraih anak sulung Tomok iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 3, membuatkan dia begitu berjaga-jaga apabila mereka berada di luar kawasan rumah.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 31, berkata, walaupun tidak menerima sebarang mesej berbaur ugutan, namun dia sekadar ingin memastikan keselamatan anaknya diperhatikan sebaik mungkin memandangkan kanak-kanak itu dikenali ramai.

"Memandangkan Arrian dikenali, saya dan isteri (Siti Rahayu Abas) sentiasa mengawasi setiap gerak-gerinya terutama apabila berada di pusat beli belah.

"Risau juga, sekarang ini macam-macam hal boleh berlaku. Cuma saya dan isteri sekadar ambil langkah berjaga-jaga," katanya kepada mStar Online.

Tomok ditemui pada majlis akikah anak keduanya, Andrashah Iman (Andra) yang kini berusia tiga bulan di kediaman keluarga isterinya di Keramat di sini pada Ahad.

Arrian mula menjadi perhatian ramai apabila Tomok dan isterinya sering memuat naik foto dan video-video mengenai akviti harian kanak-kanak itu di akaun Instagram mereka.

Tomok berkata dia tiada niat mahu mendedahkan anak-anaknya di laman sosial sebaliknya foto-foto dan video yang dimuat naik itu dilakukan sekadar ingin berkongsi perkembangan terbaharu anaknya bersama para peminat.

Sementara itu, sejak kehadiran anak keduanya, Andra, Tomok berkata, tugasnya dan isteri semakin mencabar lebih-lebih lagi apabila Arrian mula berasa cemburu dengan adiknya itu.

"Biasalah budak tengah membesar biasanya mahu perhatian. Melihat gelagat Arrian, dia cemburu apabila melihat kami bersama Andra, tetapi dia sayangkan adiknya itu.

"Cuma mempunyai dua orang anak kecil sememangnya mencabar, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua anak ini menangis serentak. Huru-hara dibuatnya. Alhamdulillah, ia satu pengalaman yang indah," ujarnya.SUMBER


Syatilla Melvin Serah Pada Shaheizy Sam Umum Hal Kahwin

PETALING JAYA: Pelakon Syatilla Melvin menyerahkan kepada kebijaksanaan aktor Shaheizy Sam untuk mengumumkan perkembangan berkaitan perkahwinan mereka.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata, dia mengambil pendekatan sentiasa menyokong dan bersetuju dengan setiap apa yang diperkatakan oleh kekasihnya itu.

"Biarlah semua kenyataan itu keluar daripada mulut Sam sendiri kerana tidak manis saya sebagai seorang wanita untuk menghebahkan mengenai perkara tersebut.
"Buat masa sekarang ini, saya cuma boleh katakan no comment mengenai perkara itu dan saya serahkan segalanya kepada Sam untuk menjelaskan kepada orang ramai.
"Apa yang keluar daripada mulut Sam itulah juga jawapan saya kerana saya tidak akan sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan sendiri mengenai perkara itu kepada umum," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Rabu.

                                                  Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sudah kenal sejak enam tahun lalu.SUMBER
Syatilla diminta mengulas kenyataan dibuat Sam dalam sebuah portal hiburan mengenai hasratnya untuk berumahtangga dalam mada terdekat sebaliknya enggan mendedahkan siapakah wanita itu buat masa ini.

Namun, laporan berkenaan turut menyebut individu itu adalah Syatilla Melvin dan Sam sendiri turut mengakui senang berkawan dengan wanita itu yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.

Dalam pada itu, Syatilla turut menyifatkan hubungan mereka buat masa ini amat baik.

"Mungkin nanti bila sudah tiba masanya saya akan buka mulut mengenai perkara itu.

"Sekarang ini biarlah ia menjadi rahsia kami berdua dan bila tiba masanya nanti benda tersebut akan terbongkar juga," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Syatilla kini sibuk menjalani pengambaran drama bertajukDia Isteri Luar Biasa yang bakal ditayangkan menerusi slot Akasia TV3.SUMBER


"Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu Disuap Makan"


PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 32, mendedahkan karenah suaminya,  pelawak Shuib (Sepahtu) yang pelik apabila setiap kali menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) termasuk perlu disuap makan.

Sarah, 32, berkata Shuib kehilangan selera makan selain sering beremosi kerana terlalu memberikan fokus terhadap program tersebut.

“Kalau Shuib sertai MLM, maknanya saya perlu memberi fokus lebih kerana ada karenah dia yang saya perlu jaga.

"Bayangkanlah, sebelum ini, apabila dia sertai MLM, makan pun kena suap kalau tidak dia tidak makan. Berat badannya turun mendadak kerana tiada selera makan.

"Saya rasa semua pelawak pun macam tu, dia akan dilanda kemurungan. Masa buatstandupper tahun lepas, nak tidur pun tak boleh kerana risau tak pernah buat persembahan solo," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Sarah kini sedang hamil anak ketiganya empat bulan hasil perkongsian hidup dengan Shuib.

Tambah Sarah, dia tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak yang ramai kerana suaminya dulu merupakan anak tunggal dalam keluarganya dan dia begitu seronok setiap kali menerima kehadiran cahaya mata.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alarni yang kini berusia empat tahun dan Dzahira Talita Zahra berusia dua tahun.SUMBER

Ahad, 31 Mei 2015

Nichkhun (2PM) & Tiffany (Girls Generation) Berpisah


PASANGAN popular Nichkhun (2PM) dan Tiffany (Girls Generation) dilaporkan telah berpisah dan berita berkenaan turut disahkan oleh agensi masing-masing.
Soompi melaporkan, JYP Entertainment yang mewakili Nichkhun memaklumkan mereka berdua sudah tidak mempunyai sebarang ikatan namun enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut.

"Memang benar mereka sudah berpisah namun kami tidak boleh menyatakan kenapa perkara itu terjadi kerana ia peribadi.

Nichkun kini sibuk untuk kemunculan semula 2PM," katanya.

SM Entertainment yang mewakili Tiffany turut mengesahkan perkara sama.

Terdahulu, Nichkun dan Tiffany mula menjalinkan hubungan cinta sejak Januari tahun lalu.SUMBER

Rozita Che Wan Berseluar Pendek Di London?


PELAKON Rozita Che Wan sekarang tengah bercuti bersama ahli keluarganya di kota London dan apa yang best, percutian aktres cantik ini turut ditemani puteri comelnya, Aaisyah Dhia Rana.
Apa yang tak best pulak.. bila Che Ta dikatakan memakai pakaian yang tidak menggambarkan keperibadiannya sebagai seorang artis berhijab apabila mengenakan seluar yang seolah-olah memberi ilusi dia hanya berseluar pendek!
Nah tengoklah sendiri foto yang dikongsikannya itu menerusi laman Instagram.
Nampak macam Che Ta macam pakai seluar pendek dengan berbut sahaja kan.. ianya disebabkan seluar ketat berwarna kulit yang digayakannya itu.
Kami rasa Che Ta perlu lebih hati-hati memilih pakaian yang bersesuaian dengan imej berhijabnya lepas ini agar perkara sebegini tidak berulang di masa hadapan..SUMBER

Suami Isteri Ditahan Kes Budak Ditanam Di Dapur Rumah


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata suspek lelaki, 33, disyaki bapa kepada mangsa itu ditahan di sebuah restoran di Keningau, Sabah pada pukul 6.30 petang, Sabtu.
Polis kemudiannya menahan seorang suspek wanita, 33, disyaki ibu kepada mangsa di Penampang, Sabah pada kira-kira pukul 1 pagi tadi, katanya.
“Kedua-dua mereka akan dibawa dari Sabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, dijangka esok, untuk siasatan dan mengambil keterangan berhubung kes ini.
“Polis percaya bahawa mayat kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun yang ditemukan di dapur itu ialah anak mereka, tetapi hanya dapat disahkan selepas ujian DNA dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Ali berkata bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu telah dilakukan di Hospital Sungai Buloh dan Jabatan Patologi juga masih belum mengenal pasti punca kematian mangsa.
“Mayat berkenaan yang telah mereput dipercayai ditanam selama lapan minggu dan tiada tanda yang jelas mengatakan mangsa didera atau dicederakan,” katanya.
Jumaat lepas, satu mayat yang disimen dan mereput berbalut kain ditemukan ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Mayat itu ditemukan susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur rumah itu. SUMBER

Rabu, 27 Mei 2015

'Saya mohon maaf' -Keith Foo


"Saya minta maaf dengan apa yang terjadi. Saya juga manusia biasa yang tidak lari kesilapan," demikian komen pelakon Keith Foo atau nama penuhnya Foo Chuan Chin, 32, berhubung dia didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, Mac lalu.
Menurut pelakon Ariana Rose itu, kejadian itu hanyalah salah faham dan tidaklah teruk seperti digembar-gemburkan pelbagai pihak.
Katanya, antara dia dengan anggota polis terbabit sudah tiada sengketa dan dia sendiri sudah memohon maaf pada waktu kejadian.
"Saya menyesal dan memang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Nasihat saya, jadikan ia teladan dan tolonglah patuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan Keith didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik, Mac lalu.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Keith dan memerintahkan pelakon itu dipenjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bagi tujuan mengaibkan dan menghina iaitu: 'Kau siapa, kau ingat kau polis besar sangat kah bodoh' terhadap seorang anggota polis trafik.-Hmetro

Khamis, 30 April 2015

Subhanallah.. Tertimbun 22 Jam, Bayi di Nepal Berjaya Diselamatkan

Tentera Nepal berjaya menyelamatkan seorang bayi bernama Muldhoka pada Minggu (26/4/2015) pagi. Muldhoka, korban gempa Nepal berkekuatan 7.9 SR sempat tertimbus di runtuhan rumahnya selama 22 jam.
Sebenarnya, para tentera telah berupaya menyelamatkan putra Shyam Awal tersebut hingga Sabtu (25/4/20105) tengah malam.Walau bagaimanapun, mereka gagal mengangkat bayi tersebut.Mereka pun meninggalkan runtuhan bangunan tersebut.


Saat itu, ibu bapa Muldhoka sempat putus asa. Harapan kembali mencuat ketika mereka mendengar tangisan bayi tersebut. Pada Minggu pagi, para tentera kembali datang dan berupaya menyelamatkan Muldhoka. Akhirnya, pada pukul 10.00, mereka berjaya mengangkat bayi malang tersebut.

Saat ini Muldhoka dilaporkan dalam keadaan baik. Bayi itu pun dirawat di Rumah Sakit Bhaktapur untuk pemeriksaan. Petugas pun telah membersihkan luka-luka di tubuh Muldhoka. PBB, Selasa (28/4/2015), menganggarkan 8 juta jiwa warga Nepal terdampak bencana gempa dahsyat yang menewaskan lebih dari 4,000 orang yang terjadi pada akhir pekan lalu. Gempa bumi berkekuatan 7, 9 dalam skala Richter yang berlaku pada Sabtu siang lalu memusnahkan banyak bangunan di ibu kota Kathmandu dan mengakibatkan rumah-rumah penduduk kampung yang sebahagian besar dibina dengan bahan tanah luluh lantak. - Kompas

5 Foto Kereta Proton Lambo ???

Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan.

Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannya berbentuk seperti kereta Lamborghini. Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja.

Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini.

Jom lihat lagi gambar Proton Evolusi G di bawah:







Rabu, 29 April 2015

Pasangan Mati Berzina Dalam Kemalangan Ngeri Di KL!

Semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. ini kisah benar.

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

 

Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy…… Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut. Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi??? Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.

Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

- katakcomel.my

Khas Lelaki, Jangan Jadikan 6 Jenis Wanita Ini Bini Anda !!

gambar hiasan
Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. 

Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapa saja mereka?

Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh lelaki, dan jangan jadikan sebagai istrinya:-

1. Wanita “Ananah” : 

Wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

2. Wanita “Mananah” : 

Wanita yang suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita “Hananah” : 

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita “Hadaqah” : 

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.

5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:

Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.

Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.

6. Wanita “Syadaqah” : 

Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

Jumaat, 20 Februari 2015

Wanita Kurung Anak Dalam Rumah Selama 10 Tahun


Sweden – Selepas 10 tahun dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar, tiga wanita yang merupakan adik beradik berjaya melepaskan diri daripada cengkaman ibu mereka.
Ketiga-tiga beradik itu kini berusia 32, 24 dan 23. Mereka berjaya diselamatkan selepas salah seorang daripada mereka melarikan diri dan memaklumkan mengenai situasi yang dialami itu kepada jiran.
Susulan itu, ibu mereka yang berusia 59 tahun telah ditangkap.
Menurut saksi, salah seorang daripada tiga beradik itu terpaksa dipapah ketika diselamatkan.
Polis memaklumkan, pihaknya menerima laporan yang menyatakan terdapat seorang wanita yang telah mengurung anaknya selama 10 tahun di dalam rumah mereka.
Wanita itu dikatakan berbuat demikian bagi menyembunyikan anak-anaknya daripada bapa mereka.
Malah jiran setempat juga tidak mengetahui mengenai tiga beradik tersebut kerana rumah mereka sentiasa senyap dan sunyi.
Bapa mereka pula dilaporkan tidak lagi bertemu dengan anak-anaknya sejak 17 tahun lalu.
Kejadian itu mengejutkan penduduk di bandar kecil itu yang hanya mempunyai populasi penduduk kurang daripada 8,000 orang.sumber