Gambar model proton P2-30A terbaru 2014 tersebar. Model keluaran baru proton 2014 dengan kod nama P2-30A kategori Compact Car atau lebih dikenali sebagai “Global Small Car” akan dilancarkan oleh Proton Malaysia pada sekitar pertengahan tahun 2014. Model P2-30A merupakan rekaan proton generasi baru selepas kejayaan model terdahulu iaitu “Savvy”. Menariknya keluaran proton terbaru ini bakal memasuki pasaran dunia dan bersaing dengan kereta antarabangsa dan tempatan seperti Volkswagen Polo TSI, Perodua Myvi, Honda Brio dan Ford Fiesta.
Jumaat, 20 Jun 2014
Khamis, 19 Jun 2014
Mahu kahwin lagi punca isteri potong kemaluan suami
Mahu kahwin lagi punca isteri potong kemaluan suami - Seorang isteri telah bertindak kejam apabila memotong kemaluan suaminya selepas mendapat khabar bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi, beliau melakukan demikian ketika suaminya sedang tidur.
Menurut sumber, lelaki tersebut kini ditempatkan di HUSM, Kubang Krian, Kelantan. Pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan mangsa, namun sehingga kini masih belum ada mana-mana pihak yang mengesahkan kejadian tersebut.
Gambar tersebut kini tersebar di laman sosial seperti WhatApps, sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat di pastikan, jika perkara ini benar amat malang lah nasib lelaki ini yang menjadi mangsa isteri nya gara-gara dia ingin berkahwin lagi.Sumber
Pelakon popular filem Tamil MONICA Kini memeluk Islam
PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.
Seperti dilaporkan portal Salam News, pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.
Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang. Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, kata beliau.
Menurut media India, Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.
![]() |
Dulu |
![]() |
Kini |
Pelakon itu memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.
Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.
Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.
Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.
Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013. -sumber
Langgan:
Catatan (Atom)