Isnin, 4 Ogos 2014

[4 Gambar ] Kegilaan Baru Di China, Rakam Gambar bawah Ketiak


CHINA – Gadis-gadis di negara ini kini mencipta kegilaan baru. Iaitu merakamkan gambar bulu ketiak mereka dan kemudiannya memuat dalam laman web Weibo, iaitu versi Twitter di China.
Ia menjadi trend dan pertandingan digelar `gadis tidak cabut bulu ketiak’ bertujuan untuk menggalakkan wanita mengekalkan bulu di badan mereka.
Setakat ini, beribu-ribu gambar telah dimuat naik dalam web pertandingan itu, yang kini menjadi tontonan kira-kira 28 juta orang.
Kebanyakan imej menunjukkan gadis ini dengan bangga menunjukkan ketika mereka tanpa dicukur bulu.
Gambar terbaik akan diletakkan dalam 10 terbaik web tersebut. Tiada hadiah disediakan.
Pertandingan itu direka selepas beberapa kempen diwujudkan di China yang menggalakkan wanita untuk mengekalkan kecantikan semula jadi mereka

ketiak 3 
ketiak 2 
ketiak 1


Jumaat, 20 Jun 2014

Gambar Model Proton 2014 Tersebar...


Gambar model proton P2-30A terbaru 2014 tersebar. Model keluaran baru proton 2014 dengan kod nama P2-30A kategori Compact Car atau lebih dikenali sebagai “Global Small Car” akan dilancarkan oleh Proton Malaysia pada sekitar pertengahan tahun 2014. Model P2-30A merupakan rekaan proton generasi baru selepas kejayaan model terdahulu iaitu “Savvy”. Menariknya keluaran proton terbaru ini bakal memasuki pasaran dunia dan bersaing dengan kereta antarabangsa dan tempatan seperti Volkswagen Polo TSI, Perodua Myvi, Honda Brio dan Ford Fiesta. 

Khamis, 19 Jun 2014

Mahu kahwin lagi punca isteri potong kemaluan suami

Mahu kahwin lagi punca isteri potong kemaluan suami - Seorang isteri telah bertindak kejam apabila memotong kemaluan suaminya selepas mendapat khabar bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi, beliau melakukan demikian ketika suaminya sedang tidur.

Menurut sumber, lelaki tersebut kini ditempatkan di HUSM, Kubang Krian, Kelantan. Pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan mangsa, namun sehingga kini masih belum ada mana-mana pihak yang mengesahkan kejadian tersebut.
Gambar tersebut kini tersebar di laman sosial seperti WhatApps, sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat di pastikan, jika perkara ini benar amat malang lah nasib lelaki ini yang menjadi mangsa isteri nya gara-gara dia ingin berkahwin lagi.Sumber

Pelakon popular filem Tamil MONICA Kini memeluk Islam


PELAKON popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.

Seperti dilaporkan portal Salam News,  pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang.  Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, kata beliau.

Menurut media India,  Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu  di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Dulu 

Kini 
Pelakon itu  memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.

Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013. -sumber

Isnin, 31 Mac 2014

Alasan larangan bercukur



Walaupun mencukur kelihatan praktikal dan berkesan tetapi penggunaan pencukur yang tajam tidak hanya membuat kulit mudah terluka. Akibatnya pertumbuhan bulu juga semakin lebat. Apakah kesan sampingan akibat bercukur?

TEBAL
Rambut bayi dicukur agar pertumbuhan rambutnya menjadi tebal. Sama seperti orang dewasa yang bercukur, ia akan mengakibatkan bulu roma semakin lebat tumbuh.

CEPAT
Mengapa janggut lelaki tumbuh kembali dalam satu atau dua hari? Ini kerana janggut dicukur secara teratur. Jika anda kerap mencukur bulu roma di badan, anda akan mengalami keadaan yang sama. Terpaksalah bercukur dengan lebih kerap. Rumitkan?

KASAR
Jika sering mencukur bulu roma di kawasan ketiak dan kaki akan membuat kulit tampak kasar malah mengurangkan kelembapan kulit. Tidak seperti waxing.

TAJAM
Rambut yang dicukur, digunting atau waxing mempunyai kualiti rambut yang berbeza. Apabila dicukur, pertumbuhan rambut akan cenderung lebih kasar dan tajam. Baik di kawasan intim, ketiak atau kaki. 

TEMPOH
Mencukur merupakan kaedah untuk menghilangkan bulu roma dari kulit bukan daripada akar. Akibatnya, luka kecil atau nanah kemungkinan timbul di kawasan permukaan kulit yang dicukur.-sumber

Isnin, 17 Mac 2014

[TIPS] sup ketam dapat merawat denggi


Pada awal tahun ini telah menyaksikan musim demam denggi semakin menjadi-jadi apabila laporan akhbar tempatan menyatakan sebanyak enam kematian telah dilaporkan akibat dari serangan demam denggi pada awal tahun lalu. 


Malah, sejumlah besar kes demam denggi turut dilaporkan di seluruh negara dan ini pastinya membimbangkan anda semua. 



Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda petua merawat demam denggi dengan sup ketam. 



Ketam dikatakan sangat mujarab dalam merawat denggi dan juga penyakit chikungunya yang diakibatkan oleh bawaan nyamuk. 



Ketam perlu dimasak sebagai sup dan perlu diminum serta makan isinya sekali bertujuan untuk meningkatkan kadar platelet darah secara cepat dalam badan. Ini kerana pesakit denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. ketam memnpunyai kandungan protein tinggi yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi. 



Namun bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk mencari sup ketam atau tidak tahu bagaimana untuk memasaknya, di sini kami sertakan resipi untuk menyediakan hidangan ini. 



Bahan-bahan



Ketam 2 ekor

2 biji buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun bawang



Cara-caranya



Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau, masukkan bawang putih, halia, biarkan seketika. 

Kemudian masukkan air, serbuk lada & garam, biar mendidih kemudian masukkan ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah 
kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang yang telah diricih itu. Selamat mencuba!-sumber


Jumaat, 28 Februari 2014

[3 Gambar] Lukisan Wajah Siti Nurhaliza Dijual Sehingga RM75,000

Siti bersama karya Adrian Torres bernilai RM75,000.

PETALING JAYA: Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini.
Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014.
Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.
"Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.

"Kemudian, setiap daripada mereka akan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. Pihak kami turut berbesar hati kerana bukan calang-calang orang yang terbabit dengan projek ini," katanya kepada mStar Online.
Tambah Khairo, lukisan termahal yang dipamerkan iaitu bernilai RM75,000 merupakan karya pelukis dari Sepanyol, Adrian Torres dan ia begitu eksklusif kerana membabitkan hasil lukisan menggunakan jari tanpa peralatan lukisan.
Lukisan berbentuk arca dengan memaparkan separuh wajah Siti karya Scott Abbas turut menarik perhatian ramai dengan nilai harga sebanyak RM6,500.
Antara lukisan-lukisan yang menjadi perhatian termasuklah karya Badruddin Shah Abdul Wahab bernilai RM6,000, Firdaus Mahadi (RM5,000) dan Khairul Arshad (RM5,500).
Para penggemar seni lukisan boleh melihat karya-karya lukisan di di Galeri Artelier KL yang akan dibuka selama sebulan bermula 26 Februari 2014.
Ini merupakan satu permulaan daripada pihak Artelier yang memaparkan karya-karya agung berdasarkan ikon negara kita.
"Pihak kami juga mahu selebriti tempatan kita diangkat seperti selebriti Hollywood menerusi karya lukisan. Sehingga kini, Siti merupakan selebriti tempatan pertama selepas Tan Sri P.Ramlee dan Datuk Sudirman Hj Arshad yang menjadi ikon inspirasi pelukis-pelukis tempatan," ujarnya.
Sementara itu, 30 peratus daripada kesemua lukisan yang dijual akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa yang dimiliki oleh Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.-sumber

Jumaat, 14 Februari 2014

‘Apa salah saya...’Shahrol Shiro



Kuala Lumpur: “Kalau saya ada silap, beritahu apa silapnya. Janganlah (bersikap) dingin macam itu,” kata pelawak dan pelakon Shahrol Shiro berhubung isu perang dingin membabitkan dirinya dengan Jep Sepahtu yang tercetus sejak beberapa minggu lalu.
Ketika dihubungi semalam, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 30, berkata, sikap Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, menjauhkan diri tanpa sebab menimbulkan kekeliruan dan perasaan serba salah kepadanya.
Shahrol turut mengesahkan desas-desus mengatakan dirinya dipulaukan sebahagian pelawak lain dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 berpunca daripada konflik itu.
“Terus-terang saya tidak tahu macam mana jadi begitu.
Tidak tahu mana silap saya atau apa benda yang dia tidak puas hati sampaikan dia mengelak macam itu sekali.
“Sudah tiga, empat kali saya datang kepadanya dan meminta maaf.


Saya hendak tahu dan bertanya kalau saya ada buat salah, tetapi dia mengelak dan dingin saja,” katanya.

Menurut sumber, perang dingin itu semakin ketara apabila mereka menjauhkan diri dan mengelak daripada bertemu satu sama lain.
Terdahulu, Harian Metro pada 24 Januari lalu melaporkan, kedua-dua kumpulan itu didakwa berselisih faham sehingga berbalah di belakang pentas, namun kedua-duanya menafikan desas-desus terbabit.
Shahrol berkata, dia juga kesal apabila konflik dingin itu merebak dipercayai berpunca daripada sikap Jep yang menjaja cerita kepada rakan pelawak lain.
“Bagi saya, tidak elok bila dia berdiam diri dan memulaukan saya macam itu saja.


Bila jumpa, dia mengelak macam sudah menyampah sangat tengok muka saya sedangkan kita boleh bersemuka dan berbincang.

“Sebaliknya dia jaja cerita dan mempengaruhi orang (pelawak) lain.


Baru-baru ini, secara tiba-tiba dia tidak mengikuti saya di Instagram sedangkan kami mengikuti akaun satu sama lain sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dia berharap konflik itu dapat dipulihkan semula kerana mereka mempunyai hubungan rapat sebelum ini.
“Kalau dia fikir saya pesaing sampai nak jadikan musuh, benda itu tak patut timbul sebab saya junior dalam bidang ini.
“Buntu juga jadinya dan tidak tahu macam mana hendak pulihkan keadaan kalau dia terus mengelak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Shahrol dan rakan kumpulannya, Ajak bakal merakamkan semula lagu lama, Bintang Malam Ini, nyanyian asal penyanyi 1970-an, A Razak dalam masa terdekat.
“Lagu ini akan kami rakamkan semula dengan nafas baru dan menariknya kami akan berduet dengan Datuk Yusof Haslam.
“Kami dapat idea ini bila Datuk Yusof menyanyikan serangkap lagu itu dalam MLM2013 beberapa minggu lalu.


Bila kami ajak (berduet), dia berminat dan bersetuju,” katanya.-sumber

Siti Nurhaliza restui Adib Jalin Cinta Dengan Umi Nazeera


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak melihat sebarang kesalahan apabila anak tirinya, Adib Khalid dikatakan sedang berkawan rapat dengan aktres Umi Nazeera.
Siti, 35, bagaimanapun berkata, Adib dan Umi sebenarnya adalah kenalan lama kerana mereka sama-sama menuntut di sebuah universiti di Melbourne, Australia.
"Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri," katanya kepada mStar Online.
Siti ditemui selepas sidang media minggu setiausaha 'Lebih Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza' di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis.
Persembahan tersebut akan diadakan pada 15 dan 16 April depan di hotel berkenaan.
Penyanyi itu mengulas mengenai kehadiran Adib bersama Umi pada konsert amalnya iaitu 'Where The Heart Is' yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu.
Dalam perkembangan sama, Siti berkata, hubungannya dengan anak-anak tirinya akrab dan ada kalanya mereka turut berkongsi masalah dengannya.
Malah kata Siti, Adib pernah meminta pandangannya apabila dia digosipkan bercinta dengan seorang artis baharu dari Brunei sebelum ini.
"Saya menjelaskan kepadanya bahawa gosip itu adalah lumrah biasa dalam kehidupan seorang selebriti dan jangan terlalu tertekan mengenainya," ujar Siti.
Dalam pada itu, mengulas mengenai persembahan minggu setiausaha tersebut, Siti berkata, sambutan hangat daripada peminat tahun membuatkan pihaknya dan penganjur mengambil keputusan untuk mengadakan acara berkenaan selama dua hari.
Kata Siti, dia berharap ia akan memberi lebih ruang kepada peminat dan majikan membawa setiausaha mereka ke acara berkenaan.
"Sambutan tahun lalu cukup hebat dan tahun ini pihak penganjur mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan tersebut selama dua hari," katanya.
Tambah Siti, walaupun sudah 17 tahun dia mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha, dia tetap teruja kerana menganggap acara berkenaan sangat istimewa.
"Adalah menjadi satu cabaran buat saya untuk tampil dengan sesuatu yang berbeza setiap kali tiba Minggu Setiausaha dan pastinya kali ini peminat akan terhibur dengan persembahan yang ditampilkan," katanya.
Sementara itu, Siti berkata, dia lega apabila pihak penganjur tidak mengenakan caj tiket yang terlalu mahal untuk perseorangan kerana enggan meletakkan jurang di antaranya dengan peminat.
Jelas Siti, dia tidak mahu peminat berasa terbeban dengan jualan tiket terlalu mahal untuk menyaksikan persembahan itu nanti.
Tambah Siti, seperti tahun-tahun lalu dia akan menyampaikan lagu-lagu hit dan tema acara itu nanti adalah ‘dalam taman dan fantasi.’
Artis baharu, Sarihana turut di undang sebagai penyanyi pembukaan pada acara itu selain makanan tengah hari turut dihidangkan khas daripada menu istimewa hotel berkenaan.
"Seperti biasa cabutan bertuah dan beberapa segmen kejutan menanti yang bakal hadir nanti," katanya.
Persembahan itu turut mendapat tajaan daripada Butik Cosry, Azry Fahmy dan Nizam Sculputure yang akan merealisasikan konsep dan tema persembahan.
Tiket dijual pada harga RM6,000, RM5,000 dan RM4,000 untuk sebuah meja yang boleh memuatkan sepuluh orang.
Manakala tiket perseorangan pula dijual serendah RM400, RM500 dan RM600.-sumber

Fathiya pengsan di Istana Budaya.


KUALA LUMPUR: Pelakon yang memegang watak utama dalam drama bersiri popular, Ariana Rose, Nur Fathiya Abd Latiff dilaporkan pengsan ketika sedang menjalani pementasan teater Bidasari di Istana Budaya.
Dalam kejadian jam 10 malam tadi, Nur Fathiya yang sedang menjalani pementasan dengan memegang watak utama iaitu Bidasari dikatakan pengsan di atas pentas.
Menurut penonton yang sedang menyaksikan pementasan itu, Fathiya dilihat dalam keadaan lemah sebaik pementasan bermula.

Katanya, selepas hampir satu jam pementasan berjalan, tirai tiba-tiba ditutup dan pementasan dihentikan seketika selama lima hingga sepuluh minit.

"Sebaik pementasan disambung semula, watak Bidasari yang dilakonkan Fathiya sebelum itu diganti dan diambil alih pelakon lain.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istama Budaya, Johari Saharani gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Teater Bidasari di bawah arahan Lokman Ghani berlangsung sehingga 17 Februari ini.-sumber

Khamis, 13 Februari 2014

Betul ke? Lydia Izzati ni Kembar Neelofa.


Inilah Lydia Izzati Kembar Neelofa? | Macammana..ada mirip-mirip rupa Neelofa tak gadis ini.. alis mata dah dekat2 sama.. hehehehe.. nama adalah Lydia Izzati.. Sesiapa yang nak berkenalan bolehlah keFacebook LYDIA IZZATI.. enjoy lagu2 hebat nyanyian beliau..



Macammana ada persamaan tak?.-sumber

[Teka-teki terjawab] Fizz Fairuz, Almy Nadia nikah 30 Mei



SELEPAS berteka-teki terhadap kisah cintanya dengan pelakon cantik, Almy Nadia, akhirnya pelakon, Fizz Fairuz mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga 30 Mei ini.

Menurut Fizz, persiapan majlis perkahwinan mereka kebanyakannya diuruskan Almy sendiri.

“Alhamdulillah, setelah lapan tahun bercinta, akhirnya kami akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

“Setakat ini, semua persiapan sedang dibuat dan kebanyakannya diuruskan oleh Almy sendiri,” katanya.

Majlis pernikahan bakal dijalankan di kampung halaman Almy, Pulau Pinang sementara majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan di Pulau Pinang dan Raub.

“Majlis resepsi akan dibuat di Pulau Pinang dan kampung saya sendiri iaitu di Raub. InsyaAllah, kami akan membuat majlis resepsi khas buat peminat di Kuala Lumpur,” katanya
.-sumber

Tuah Hidung baharu [Ajai]


SEMUANYA gara-gara penyakit resdung yang dialami sejak beberapa tahun lalu. Namun, Ajai reda dengan penyakit yang dideritainya itu yang telah merubah wajah dan kelangsungan kerjayanya dalam bidang seni akhir-akhir ini.

Lantaran penyakit yang dialami semakin kronik, satu pembedahan pada bahagian hidungnya telah dijalankan di sebuah hospital swasta tiga bulan lalu sekali gus menyaksikan dia kini tampil dengan bentuk hidung yang lebih mancung.

Menurut Ajai yang tampil dengan potongan rambut menipis di kedua-dua belah kepalanya dan tampil berseluar gaya, dia mengakui pembedahan itu sedikit sebanyak telah mengubah diri dan kerjayanya.
“Selepas menjalani pembedahan itu, saya bukan sahaja semakin sihat dan kelihatan lebih yakin. Malah, kerjaya saya dalam bidang seni termasuklah lakonan juga semakin berkembang sejak kebelakangan ini," komennya ringkas.

Jelas bekas anggota kumpulan Exist ini, dia bukan sengaja mahu menambah kemancungan hidungnya dengan sengaja, tetapi ia terpaksa dilakukan ekoran masalah kesihatan yang dideritainya selama ini.
Sebelum ini, Ajai merupakan seorang penghidap penyakit resdung kronik sehingga setiap pagi ketika bangun tidur dia mesti banyak bersin sehingga banyak kahak atau lendir yang keluar. Tetapi ketika itu, dia masih sanggup menahan penyakitnya itu.

“Kesan resdung bukan sahaja di bahagian hidung dan bawah mata sahaja, tetapi kesakitan itu turut dirasai sehingga ke gegendang bahagian kiri telinga saya. Akibatnya juga telinga saya hampir pekak sebelah selama beberapa bulan.

“Keadaan itu tentunya menganggu kerjaya saya sebagai komposer, pemuzik dan penyanyi. Sebab itu saya tiada pilihan selain menjalani pembedahan itu yang bermula dari pukul 8 pagi sampai 1.30 petang bagi merawat hidung," katanya.

Justeru, ujar Ajai pembedahan yang menelan kos mencecah RM28,000 di sebuah hospital swasta itu secara tidak langsung telah menjejaskan kedudukan hidungnya sehingga pembedahan itu dilakukan bagi tujuan tersebut.
Selepas hampir enam jam menjalani pembedahan, pemilik syarikat rakaman Wake The Baby ini kini berasa selesa dan berkeyakinan dengan hidungnya yang bukan sahaja semakin sihat tetapi juga bertambah cantik berbanding sebelumnya.

“Selain itu, saya juga sekarang ini semakin mengambil berat soal kesihatan terutama latihan secara fizikal. Sudah hampir setahun saya masuk kelas senaman di gimnasium. Biasanya saya akan pergi ke gimnasium lima kali seminggu.

“Setiap kali berada di gimnasium saya akan menghabiskan masa selama dua jam. Saya juga kurangkan makan nasi dan mengambil diet makanan tertentu yang tidak menggemukkan badan untuk lebih sihat lagi.
“Kesannya saya dapat rasakan sekarang ini apabila badan saya tidak lagi lesu dan bentuk tubuh saya juga lebih mantap berbanding dulu. Saya harap semua ini dapat membantu dalam semua kerjaya saya dalam bidang seni," ujarnya.

Ajai yang bakal membintangi filem Tokan 2 tidak lama lagi turut ceria apabila menceritakan tentang album single terbaharunya bertajuk Aduh dengan durasi 4 minit 33 saat telah pun berada di pasaran dan selalu disiarkan di radio-radio tempatan.

Lagu itu yang dikategorikan oleh Ajai sebagai berkonsepkan Melayu Pop atau M-Pop itu yang telah sebulan berada di pasaran turut mendapat sambutan apabila ramai peminat menontonnya di laman YouTube di internet akhir-akhir ini.

“Lagu itu telah ditonton lebih 880,000 pelayar di YouTube dan terdapat 13 versi lagu itu yang dilakukan oleh para peminat dalam bentuk berbeza yang dijadikan versi cover. Itu adalah lagu solo saya yang pertama sepanjang saya menyanyi.

“Album kompilasi saya berjudul Republik Ajai juga akan terbit tidak lama lagi mempunyai tiga cakera padat dan mengandungi 49 buah lagu ciptaan saya yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi seperti Siti Sarah dan Datuk Sheila Majid," katanya.-sumber


Aura Ariana Rose

Keith Foo, Nur Fathia

DRAMA Ariana Rose telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan penonton apabila setiap kali drama siri ini bersiaran, ia berjaya mencatat kadar keseluruhan tontonan sebanyak 2.7 juta penonton.

Selepas 25 episod Ariana Rose ditayangkan di slot Akasia, malam ini, drama arahan Raja Alauddin Shah hampir sampai ke kemuncaknya.

Dibintangi ramai pelakon handalan seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee dan ramai lagi.

Drama 28 episod yang akan melabuhkan tirainya hari ini mengisahkan tentang Ariana Rose yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan itu.

Malah pengakuan palsu Ariana itu ternyata telah memporak-perandakan majlis tersebut sehingga Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali gadis itu.

Demi mengetahui kebenarannya, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya itu.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad menculik Ariana dan kemudian, Tengku Adam meragut kesucian Ariana.

Pelbagai konflik melanda mereka sehingga dipertemukan sebagai suami isteri.

Menurut penerbit drama tersebut, Ziela Jalil berkata, drama tersebut merupakan adaptasi daripada buku The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

"Menyedari sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton, kami tidak pernah merancang untuk menyambung drama ini.

"Biarpun novel ini ada sambungannya, namun drama Ariana Rose tiada kesinambungan selepas ini," katanya ketika ditemui dalam tayangan eksklusif Ariana Rose, kelmarin.

Persenda agama?

Menyentuh kontroversi yang melanda drama tersebut mengenai pelakon utamanya, Keith Foo yang bukan beragama Islam tetapi perlu berlakon sebagai Muslim, Ziela berkata, pemilihan Keith
menerajui watak Tengku Adam adalah bertepatan dengan watak dalam novel itu.

"Kami bukan sengaja mahu menimbulkan mempersendakan agama Islam kerana banyak perkara sensitif kami jaga.

"Sebagai contoh, Keith tidak membaca al-Quran atau solat tetapi hanya mengenakan baju Melayu untuk menggambarkan dia sebagai Muslim," katanya.

Tegas Ziela, sebelum memulakan penggambaran Keith telah mempelajari Islam supaya tidak bercanggah dengan agama ketika melakonkan wataknya itu.

"Bagi saya, setiap babak yang dilakukan sebaik mungkin untuk memenuhi cita rasa penonton.

"Kami sedar Keith bukan Islam tetapi agama tidak boleh dipermainkan dan perkara ini sangat saya titik beratkan sejak mula penggambaran," katanya
.-sumber

Rabu, 12 Februari 2014

[Kesian] si Fathia teruk dibelasah kak Engku



Cemburu dengan kecantikan rupa paras yang dimiliki watak lakonan Nur Fathia, Raja Azura yang berlakon sebagai permaisuri kejam bertindak ganas dengan menarik rambut, memukul dan memijak pelakon berusia 26 tahun itu. 

Perasaan amarah yang menyelubungi segenap ruang dirinya dilontarkan dengan penuh rasa benci kerana wanita terbabit tidak mahu ada insan lain yang lebih cantik daripadanya.





Permainan emosi Raja Azura yang lebih mesra disapa Kak Engku ketika membawakan watak Permaisuri Laila Sri yang jahat, dilihat paling menyerlah, seterusnya menghidupkan lagi pementasan teater Bidasari kini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, sehingga 17 Februari ini.


Kak Engku 'belasah' Fathia
Sinonim dengan watak antagonis sebegitu, Kak Engku meluahkan sisi hitamnya dalam pementasan itu dengan penuh berkesan. Tidak dinafikan watak lakonannya seakan menenggelamkan karakter utama, Bidasari, lakonan bintang Ariana Rose itu. 


Aura dan tenaga yang dikeluarkan pelakon dan pengacara terbabit cukup terserlah, seolaholah beliau melepaskan geram yang sekian lama terpendam dalam diri untuk kembali beraksi di pentas teater. Lakonannya juga dilihat lebih berkesan daripada pelakon asalnya, Zahara Ahmad, dalam filem arahan Datuk Jamil Sulong itu yang diterbitkan pada 1965. -sumber